Monday, August 12, 2013

"DARI IMIGINASI MENJADI REALITI"
Aku Fiqhrie, atau lebih mudah dikenali sbagai fiqh. Sejak di bangku sekolah lagi aku dibesarkan dengan kasih sayang samada kasih dari keluarge, kawan-kawan mahupun guru-guru di sekolah. Pendek kata, saya seorang insan yang cukup mudah untuk didampingi oleh orang di sekeliling. Ketika umurku mencecah 20 an, aku sering menjadi perhatian di sekolah oleh rakan-rakan perempuan, numun aku telah menetapkan satu prinsip yany tidak akan aku ubah sampai bila-bila iaitu aku tidak akan bercinta dengan kawan sendiri. ramai di antara rakan-rakan aku yang sering bertanye mengapa aku menetapkan prinsip sedemikian rupa, tapi bagi aku ikatan persahabatan akan musnah jika aku bercinta sekerat jalan dengan kawan aku sendiri. jadi aku rasa alasan itu cukup kuat untuk aku terus pertahankan prinsip yang telah lama aku tanamkan. dari segi luaran, aku bukanlah lelaki yang boleh diketegorikan sebagai lelaki hemsem atau "cool", tp aku rasa pembawakan diri yang sering membuatkan orang di sekeliling aku tersenyum ketika bersama aku, barang kali selesa bagi mereka. Kucup rasanya pengenalan serba sedikit tentang diri aku.
hampir empat kali aku terjerumus di dalam hangat percintaan, dan sememangnya segalanya indah dan setiap kegagalanku dalam percintaan cukup mematangkan aku untuk menempuh hari esok. sehinggalah kini aku bertemu degan seorang wanita merangkap junior aku etika aku belajar di UiTM dulu. hampir ak terlupa, aku merupakan seorang graduan UiTM dalam diploma aliran sains dan kiniak sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Agroteknologi. jadi berbalik kepada cerita tadi, sebelum aku mengenali junior aku ini, hampir 3 tahun juga lah aku hidup membujang, tiada berteman. nak mata aku ni jenias lelaki yang memilih tak juga rasanya, mungkin aku kurang keyakinan diri rasanya dalam selok belok memikat hati wanita ni. Dalam tempoh 3 tahun inilah aku hidup dalam kemurungan,tiada teman, tiada tempat bergaul, sehinggakan aku pernah terfikir adakah aku ini minat kepada kaum sejenis. Namun aku cuba menafikan pemikiran khalayan aku tersebut sehinggakan aku mewujudkan sebuah watak imiginasi di dalam diri, dan watak tersebut adalah Fardika. aku membayangkan Ika seorag perempuan melayu yang sungguh manis bertudung, bertubuh kecil dan kuang bersosial. Ika berasal dari keluarga yang mewah namun mummy dan daddy nya bercerai atas sebab yang tertentu. Ika mempunyai 2 orang abang iaitu abg Farel dan abang Fiq, dan aku cukup senang begaul dengan keluarga Ika sehinggakan mummy nya sering menganggap aku sebagai anak nya sendiri. numaun segala watak yag aku wujudkan kini hanya lah sekadar satu sandiwara angan-angan di mana Ika sebenarnay tidak wujud langsung. Sememangnya aku merasakan yang aku membohongi diri sendiri, tetapi aku berasa senanghidup di dalam dunia khayalan. Aku juga sering menceritakan mengenai Ik kepada kawan-kawan ku yang dulu nya sering menanggap aku sebagai "lone ranger","single forever". Aku fikir dengan mewujudkan dan menceritakan mengenai Ika kepada mereka, aku tidak lagi kelihatan sebagai lelaki sunyi, dan alhamdulillah sehingga kini rahsia ketidak wujudan Ika tidak diketahui sesiapa sekalipun. daripada diejek atau di perli oleh rakan-rakan, baik aku menipu diri aku sendiri walaupun hakikatnay aku yang bakal merana.
tapi entah mengapa, tiap malam ketika di kolej dulu, semase kawan-kawan aku sibuk bergayut dengan awek-awek mereka, aku pon pura-pura begayut konon nya begayut secara realiti la. setiap masalah aku ceritakan kepada Ika walaupon hakikatnya tiada siapa pon mendegar luahan hati aku ketika itu. Memang sedih hidup dalam keadaan macam ni, tapi makin hari, aku makin senagng begayut seorang diri dan dalam masa yang sama, aku boleh memperbaiki perbualan aku di dalam bahasa Inggeris ketika berbual bersama Ika. Mesti koang rasa aku ni macam orang gilakan??tapi pada aku, aku masih lagi manusia yang mempunyai minda yang waras dan memerlukan teman untuk aku aku terus bercerita. Justeru itu, aku mewujudkan blog ini untuk aku membongkarkan rahsia imiginasi yang aku harapkan ia bakal menjadi realiti.
so teruskan membaca....


hello bloggers....salam everyone...
hye im fiqhrie n this is my 1st time i had a blog...
so just enjoy read my blog, bcoz this is my reality life...
hope u ulz will read it until the end...dada